Senaraikan Homestay
  • Daftar Akaun Baru
  • Log Masuk

Polisi Pembatalan Tempahan

 

Ohmstay Solutions mempunyai tiga jeni polisi pembatalan tempahan iaitu (1) Strict , (2) Moderate dan (3) Flexible. Namun begitu hanya satu sahaja polisi yang digunapakai dan ini ditentukan oleh Tuan Rumah Homestay itu sendiri. Setiap polisi pembatalan tempahan ada dinyatakan di laman tempahan/pesanan homestay. Oleh kerana itu, bakal pengunjung perlu meneliti polisi pembatalan yang dinyatakan oleh Tuan Rumah homestay anda.

 

Definisi Polisit Pembatalan Tempahan Homestay adalah seperti di bawah:

 

(1) Strict - Pulangan 50% daripada Sewa Yang Telah Dibayar Apabila Penyewa Memaklumkan kepada Ohmstay Solution 7 hari sebelum tarikh masuk. Yuran pemprosesan kepada Ohmstay Solution akan ditolak daripada 50% sewa yang akan dipulangkan ini.

 

(2) Moderate - Pulangan Penuh Sewa Yang Telah Dibayar Apabila Penyewa Memaklumkan kepada Ohmstay Solution mengenai pembatalan sewaan 5 hari sebelum tarikh masuk homestay. Yuran pemprosesan kepada Ohmstay Solution akan ditolak daripada sewa yang akan dipulangkan ini.

 

(3) Flexible - Pulangan Penuh Sewa Yang Telah Dibayar Apabila Penyewa Memaklumkan kepada Ohmstay Solution mengenai pembatalan sewaan 24 jam sebelum tarikh masuk homestay. Yuran pemprosesan kepada Ohmstay Solution akan ditolak daripada 50% sewa yang akan dipulangkan ini.