Senaraikan Homestay
  • Daftar Akaun Baru
  • Log Masuk

Polisi Privasi

Ohmstay.com di bina oleh Ohmstay Solutions (Kami), sebuah syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Polisi Privasi berikutnya menjelaskan cara kami sebagai pemilik data kumpul, guna, memberitahu, atau proses lain yang melibatkan informasi yang kami kumpul daripada pengguna website ini ("Data Individu") berkaitan dengan servis yang ditawarkan oleh kami melalui website kami yang terletak di www.ohmstay.com (Site).

Rujukan kepada Site merangkumi mobile website dan applikasi. Dengan melawat Site, tetamu atau tuan rumah membenarkan kami mengumpul menguna dan proses Data Individu tuan sebagaimana yang dijelaskan di Polisi Privasi ini.

Ohmstay Solution boleh mengubah Polisi Privasi ini untuk mengikut perubahan pada undang-undang, pengumpulan Data Individua anda dan praktis, atau perkembangan teknologi. Sekiranya kami membuat ulangkaji melalui cara kami kumpul atau guna Data Individue, perubahan tersebut akan di terbitkan di Polisi Privasi ini dan tarikh efektif akan di jelaskan pada awalan Polisi Privasi ini sebelum melaksanakan perubahan tersebut.

Dengan menggunakan Site ini, tuan bersetuju dengan Polisi Privasi ini dan modifikasi Privasi Polisi setelah tarikh efektif lepas.
 

 

Informasi Yang Kami Kumpul

Kami kumpul Data Individu yang diberikan oleh pengguna Site ini, yang meliputi nama, alamat, nombor telefon, alamat email, nama homestay, lokasi homestay, kad kredit dan jangkamasa penginapan. Kami juga kumpul data yang sukar dikaitakan seperti nama login, alamat IP, data geografi, kerakyatan, password dan lain-lain data berkaitan dengan penggunaan Site ini.

 

Melindungi Data Individu Anda

Untuk mengelakkan access yang tidak dibenarkan , kami mengendalikan prosidur elektronik dan fizikal untuk melindungi Data Individu daripada kemusnahan data, pengubahan data, kemasukkan yang tidak dibenarkan, atau kesalahan yang tidak disengajakan.

Untuk melindungi transaksi kad kredit, Ohmstay Solutions menggunakan teknologi SSL untuk merahsiakan informasi kad kredit semasa transit. Gateway pembayaran kami adalah mematuhi PCI.

 

Bagaimana Kami Guna Informasi Yang Kami Kumpul

Kami menggunakan Data Individu dan informasi lain yang dikumpul melalui Site ini untuk (i) Mendaftarkan tuan dengan Site ini dan mencipta akaun pengguna, (ii) menyedikan tuan dengan perkhidmatan yang dikehendaki (sebahagian besarnya untuk memproses dan mengesahkan tempahan tuan dengan Tuan Rumah Homestay) setelah kami mengesahkan kredential tuan, (iii) memperuntukan pengguna dengan informasi mengenai perkhidmatan kami di Site ini atau di website yang lain, (iv) untuk berhubung dengan tuan berkenaan keperluan untuk memperuntukkan perkhidmatan yang diminta, (v) untuk membina fungsi-fungsi website yang baru untuk memudahkan penggunaan Tuan, dan (vi) untuk menambahbaik pengalaman penguna dan optimasi am, dan (vii) menghubung Tuan sekiranya terdapat isu berkenaan tempahan Tuan. Ini termasuk, permintaan tempahan yang lebih cepat, sokongan pengguna yang lebih baik dan notis berkenaan servis baru dan tawaran istimewa yang lebih pantas. Dari masa ke semasa, Ohmstay Solutions akan menghubungi tuan untuk meminta maklumbalas mengenai pengalaman menggunakan Site ini, untuk membantu Kami memperbaiki Site ini, untuk menghantar newsletter kepada Tuan sebagai pengguna site.

Pengesahan Email dan Mesej SMS yang dihantar setelah tempahan Tuan dan Emails mengenai penilaian tetamu yang dihantar setelah tuan berlepas dari Homestay adalah sebahagian daripada proses tempahan Homestay di Site Inil.

 

Perkongsian Data Individu Anda

Ohmstay Solutions boleh berkongsi Data Tuan berkenaan Homestay Tuan kepada pihak ketiga yang kami lantik untuk melaksanakan perkhidmatan bagi pihak kami, seperti program "loyalty" , web hosting, data analisis , pemasaran , prihatin pengguna , kad kredit dan perkhidmatan pembayaran dan servis berkaitan. Kesemua pihak ketiga akan berada dibawah obligasi untuk mengawalselia sekuriti dan kerahsiaan Data Individu dan untuk memproses Data Individu hanya dengan persetujuan kami. Ohmstay Solutions boleh , dengan kehendak undang-undang , menyerahkan Data Individu untuk melindungi Kami daripada liability, untuk memaklumbalas subpoenas, proses penghakiman,

Pendedahan data di dalam Polisi Privasi ini diperlukan untuk membuat tempahan Homestay dengan empunya Homestay pilihan anda dan pendedahan data dengan rakan kongsi kami (untuk pelaporan dan analisis sahaja), kami tidak akan dedahkan data anda kepada pihak ketiga tanpa persetujuan anda. Bagaimana pun, kami berhak untuk mendedahkan data anada kepada kumpulan syarikat kami (dalam atau luar negara) , termasuk kepada pekerja kami dan agent kami yang dipercayai yang mempunyai capaian kepada informasi dengan kebenaran kami dan perlu tahu dan perlu capai informasi ini untuk melaksanakan perkhidmatan yang anda minta (termasuk perkhidmatan pelanggan) dan audit dan penyiasatan dalaman. Ohmstay Solutions boleh dedahkan Data Individu untuk melindungi kami dari liabiliti, subpoenas, proses perundangan, permohonan yang sah di sisi undang-undang, waran atau pelaksanaan undang-undang, untuk menyiasat penipuan (fraud) atau segala salah-laku undang-undang untuk mematuhi segala tindakan perundangan yang perlu demi melindungi kepentingan undang-undang kami dan pembeli perkhidmatan kami. Kami juga, dengan pematuhan undang-undang yang terlibat, boleh mendedahkan Data Individu untuk melaksanakan terma dan syarat yang boleh diaplikasikan kepada produk kami dan melindungi kepentingan, harta dan keselamatan Ohmstay Solutions, pengguna kami atau lain-lain. Di dalam situasi yang dijelaskan di atas, penerima Data Individu boleh berada di jurisdiksi yang mempunyai piawai perlindungan data yang berlainan dengan undang-undang di negara atau negeri anda.

 

Polisi Kami Berkenaan "Cookies" dan "Page Tags"

Dengan melawati Site, anda telah membenarkan pengguanaan "cookies" dan "tags" seperti di bawah.Site kami menggunakan "cookies" dan "tags" untuk mengumpul dan menyimpan informasi mengenai anda. "Cookies" adalah data kecil yang dihantar ke komputer anda oleh Site dan disimpan di dalam hard-drive komputer anda. Tag islah code yang membaca dan menulis data cookies. Kedua-duanya mungkin dari Ohmstay Solutions atau vendor pihak ketiga yang kami bekerja dengan kami. Session cookies akan hilang dari komputer apabila tuan menutup "browser" , manakala "persistent" cookies kekal setelah "browser" ditutup, tetapi boleh dipadam pada bila-bila masa menerusi setting browser anda,

 

Penggunaan Cookie, Page Tag dan Data

Omstay Solutions Cookies

Ohmstay Solutions menggunakan  session cookie untuk mengekalkan login anda sepanjang masa anda melawat dan berada di Site kami.

Ohmstay Solutions menggunakan "persistent cookies" untuk memastikan Site ini mirip kepada keperibadian lawatan anda dengan mengingati informasi mengenai lawatan pengguna dan aktiviti di Siti, sebagai contoh, bahasa yang anda pilih, maklumat log-in anda supaya anda tidak perlu memasukkan semula maklumat tersebut pada lawatan anda akan datang ke Site. Ohmstay Solutions juga menggunakan "persistent cookies" atau "tags" untuk menganalisa sifat layaran anda untuk membolehkan kami memperbaiki Site dan perkhidmatan kami untul tujuan pengiklanan (melalui email, di site kami, atau webstei yang lain) menurut kepada kepentingan anda. 

Cookies Pihak Ketiga

Pihak ketiga (syarikat pengiklanan) boleh meletakkan cookies dan tags di sebahagian laman yang anda lawati di Site. Cookies dan tags ini direka untuk mengumpul maklumat untuk menganalisa kegemaran anda dan carian anda apabila melawat Site kami dan memberikan anda iklan yang berkaitan dengan apa yang anda suka. Cookied dan tag ini boleh dikongsi dengan pihak ketiga dengan tujuan mengurus dan meletakkan maklamat pengiklanan untuk analisa kajian pasaran. Tambahan pula, kita boleh berkongsi data dengan vedor pihak ketiga melalui produk maklamat pengiklanan kami. Oleh kerana itu, vendor pihak ketiga mungkin menunjukkan iklan kami pada website lain yang anda lawati.

Pengiklanan

Ohmstay Solutions boleh menggunakan kombinasi cookies dan page tags diatas untuk menyesuaikan pengalaman anda dengan Site kami, applikasi mobil kami dan ads kami kepada pilihan anda.

Data pihak ketiga digunakan untuk menentukan masa iklan Ohmstay Solution akan ditunjukkan.

Ohmstay Solutions mengambil usaha munasabah untuk tidak mengumpul, dan menghalang penggunaan Data Peribadi Individu di solusi pengiklanan pihak ketiga, melainkan anda membenarkan kami. Untuk keluar daripada pengumpalan informasi oleh pihak ketiga untuk tujuan pengiklanan , sila maklumkan kepada kami melalui email.

 

Pengiklanan dan Pengisian di Website Lain

Ohmstay Solutions menggunakan tools pihak ketiga untuk membahagikan iklan pada pelbagai website berlainan. Ohmstay Solutions tidak memperakui matlamat, penyantaan sebab, causes atau lain-lain penyataan pada website yang mempertunjukkan iklan kami.

 

Bagaimana Anda Boleh Mencapai atau Menukar Data Peribadi Anda ?

Sekiranya anda berhasrat untuk mengemaskini Data Individu anda yang telah anda berikan sebelum ini, atau pun untuk melaksanakan hak mencapai, membetulkan, menukar, memadam atau menetang pemprosesan Data Individu anda di bawah mana-mana undang-undang terbabit, sila hubungi kami. Untuk melindungi privasi dan keselamatan data anda, kami akan mengesahkan identiti anda sebelum memberi capaian untuk membuat penukaran pada Data Individu anda. Segala permohonan untuk mencapai Data Individu akan diberi jawapan dalam kadar yang munasabah. Anda juga boleh menyatakan tidak persetujuan anda untuk pemprosesan Data Individu anda untuk tujuan pengiklanan dan pasaran dan kajian pendapat. Kami mempunyai hak untuk meminta bayaran untuk capaian tersebut dengan undang-undang sedia ada.

Sekiranya anda ingin menghubungi pegawai Ohmstay Solutions mengenai isu privasi melalui email, anda boleh menghantar email kepada homestayventure@gmail.com.