Senaraikan Homestay
  • Daftar Akaun Baru
  • Log Masuk

Pengurusan Homestay Untuk Tuan Rumah

Cara-cara menggunakan menguruskan homestay anda menerusi sistem kami diperjelaskan seperti di bawah. Anda boleh klik pada link berwarna biru di bawah untuk terus ke tempat maklumat tersebut tertulis.

 

Mendaftar dengan Ohmstay.com

Anda boleh mendaftar di www.ohmstay.com dengan menekan link "Daftar" di www.ohmstay.com. Pop-up pendaftaran akan keluar dan anda boleh isi data account peribadi anda  di pop-up tersebut atau pun guna login social media Facebook , Twitter , dan Google+ (Gunakan web-browser Internet Explorer untuk layaran terbaik). Contoh pendaftaran ditunjuk seperti di gambar di bawah:

 

 

Menyenaraikan Homestay Anda

Menyenaraikan homestay anda adalah amat mudah. Ikuti 7 langkah mudah di bawah untuk menyenaraikan homestay anda :-

 

(1) Setelah membuka akaun di laman web ini, anda boleh mula senaraikan Homestay Anda di sini. Tekan link "Senaraikan Homestay Anda Di Sini" untuk mula menyenaraikan Homestay Anda di sini. Lihat gambar di bawah sebagai rujukan.

(2) Setelah itu, anda akan di bawa ke laman untuk "Daftar Homestay Baru". Klik link tersebut seperti di gambar di bawah:

 

 

(3) Selepas klik link tersebut, anda perlu mengisi butir-butir mengenai homestay anda seperti di gambar di bawah. Sila isikan alamat homestay anda dengan menulis Bandar, Negeri dan Negara.

 

 

(4) Selepas mengisi butir-butir mengenai homestay anda, sila klik butang "NEXT" seperti yang ditunjuk di gambar di bawah.

 

 

(5) Selepas itu anda perlu memuatnaik (upload) gambar homestay anda. Hanya gambar berkualiti melebihi 2 Megapixel dibenar untuk dimuatnaik dan mempunyai kelebaran sekurang-kurangnya 1000 pixel.Anda juga boleh menyertakan video mengenai homestay anda di ruangan ini. Selepas itu, sila klik buatang "NEXT". Gambar dibawah disertakan sebagai rujukan

 

 

(6) Selepas itu, anda juga perlu untuk membuat pengesahan nombor telefon anda untuk kami pastikan kewujudan anda sebagai pemilik sah akaun ini. Kemudian, anda perlu mengisi profil anda sebagai tuan-rumah. Profil yang baik dan menarik boleh membuatkan pengunjung memilih homestay anda sebagai pilihan destinasi untuk bermalas. Setelah anda selesai mengisi butir-butir diri anda, sila klik "NEXT". Gambar dibawah disertakan sebagai rujukan

 

 

(7) Akhirnya, anda boleh senaraikan Homestay anda dengan menekan "PUBLISH"seperti yang tertera di gambar di bawah".

 

 

Pengurusan Homestay Anda - Memberi Harga Istimewa dan Tarikh (Kalendar) Kekosongan Homestay

 

Anda boleh mengubah harga homestay anda mengikut perubahan musim permintaan homestay. Sekiranya anda perlukan tetamu menginap di Homestay anda semasa musim penginapan yang kurang, anda boleh turunkan kadar sewaan anda pada harga yang lebih rendah. Begitu juga, pada musim cuti sekolah, anda boleh naikkan kadar sewaan anda kepada harga yang lebih tinggi.

Langkah-langkah yang perlu anda ambil untuk ubah harga sewaan Homestay anda adalah amat mudah. Untuk ubah harga sewaan homestay anda kepada harga istimewa atau menukar jadual kekosongan homestay anda, sila ikut 4 langkah mudah di bawah

(1) Klik pada butang Senarai Homestay saya dan kemudian klik pada butang Jadual

 

 

(2) Klik pada tarikh-tarikh yang anda ingin berikan "Harga Istimewa". Klik Dua kali pada butang mouse kiri di tarikh tersebut untuk anda ubah harga. Gambar di bawah ditunjuk

 

 

(3) Setelah anda klik pada tarikh tersebut satu pop-up akan keluar dan anda perlu mengikut langkah yang ditunjuk di pop-up tersebut seperti di gambar di bawah. Anda boleh tukar tarikh harga istimewa tersebut , tukar opsyen tempahan dan tukar harga kepada harga istimewa di pop-up ini

 

 

(4) Selain daripada meletakkan harga istimewa untuk tempahan tersebut, anda boleh menukar kepada Opsyen "TELAH DITEMPAH" sekiranya homestay anda tiada kekosongan pada tarikh di kalendar tersebut atau pun anda tidak membenarkan Homestay anda ditempah atas sebab-sebab lain. Sila ikut langkah-langkah di gambar di bawah untuk melaksanakannya.

 

 

Menambah Gambar, Melihat Komen Tetamu dan Edit Homestay Anda

 

Untuk menambah gambar, melihat komen tetamu atau edit homestay anda, anda boleh tekan butang-butang yang ditunjuk dibawah:

 

 

Pendaftaran Bank Akaun dan Bayaran Kepada Tuan Rumah

 

Pemilik Homestay perlu mendaftar dan mengesahkan nombor telefon mereka di laman Ohmstay untuk membolehkan mereka mendapat makluman sistem pesanan ringkas SMS apabila homestay mereka telah ditempah atau mendaftar Nombor Akaun, Bank dan Nama Penerima bayaran. Disamping itu akaun Paypal pemilik homestay juga boleh didaftarkan sekiranya anda ingin menerima bayaran melalui akaun Paypal. Ini adalah merupakan ciri-ciri keselamatan yang ada di sistem penempahan HOmestay kami di mana setiap pendaftaran akaun atau perubahan pada akaun, satu kod rahsia akan dihantar kepada handphone anda untuk dimasukkan ke dalam sistem kami sebelum apa-apa penambahan atau perubahan boleh di buat

 

Langkah-langkah mendaftar akaun bank di laman web ini adalah seperti berikut:-

 

(1) Kemas kini Profil anda dengan "Klik"" butang yang ditunjuk seperti di gambar di bawah.-

 

 

(2) Sahkan Nombor Telefon anda dengan "Klik" butang yang ditunjuk seperti di gambar di bawah. Satu kod rahsia akan dihantar ke nombor handphone anda untuk anda masukkan ke dalam sistem kami-

 

 

(3) Pilih cara bayaran keluar dengan Klik butang-butang yang ditunjuk di bawah

 

(4) Pemilik homestay boleh memilih bayaran dengan melalui "Bank Transfer"" atau pun "Paypal: dengan Klik pada butang-butang yang ditunjuk di bawah.

 

 

(5) Satu Kod Rahsia akan dihantar kepada handphone Anda setelah anda mendaftar handphone tersebut seperti yang ditunjuk di gambar di bawah:-.

 

 

(6) Setelah itu, barulah anda boleh menambah nombor akaun anda atau pun membuat perubahan kepada akaun penerimaan bayaran anda-.Akhir sekali anda perlu Klik Butang "Save"untuk memastikan informasi yang anda masukkan ke dalam sistem ini di simpan.

 

 

 

Memeriksa Pesanan

 

Tempahan hanya dibuat oleh bakal pengunjung homestay anda setelah mereka membayar keseluruhan harga sewaan homestay yang anda tetapkan. Dengan setiap tempahan, anda akan di beri notifikasi menerusi sistem pesanan ringkas S.M.S.

Selain daripada itu, anda boleh memeriksa sejarah tempahan homestay anda menerusi link di sebelah http://www.ohmstay.com/property/dashboard/transactionhistory/

 

Mengemaskini Informasi Akaun

 

Anda boleh kemas kini dan ubah informasi akaun anda pada bila-bila masa sahaja dengan melayari link-link yang telah kami perjelaskan di atas. Gunakan solusi homestay ini dengan gembira !